✔It's About My Life✌

Kisah Gadis Malang .TT_TT
7.12.11 ? 0 Pari-pari cantik ?

Assalamualaikum, tido dha kah ? Hehe. em, hari nie aku nak kongsi satu cer . cer nie pasal realiti hidup seseorang. Ok, kalau boboy and gegirl berminat, jum baca entry nie eik! ^_^


Kisah ini bermula dari tahun lepas lagi, dan beginilah ceritanyaa...

Nia merupakan seorang budak remaja pompuan berusia 14 tahun yang bersekolah di sekitar pekan Selangor. Dia seorang remaja pompuan yang cantik,baik,pintar dan disenangi oleh semua rakan sekelasnya. Di kelasnya, dia selalu diusik oleh kengkawannya kerana sikapnya yang sedikit pendiam. Dalam diam-diam, Nia telah mulai menyukai salah seorang rakan sekelasnya yang bernama Fizy kerana sikapnya yang ramah dan seoarang yang baik hati.

Pada awal tahun persekolahan , 12 JANUARI 2011, Nia berada di rumah sahaja kerana budak pompuan nie jarang sekali keluar rumah pada waktu malam. Waktu dia sedang menonton tv, tiba-tiba handphone nya berbunyi menandakan mesej masuk. Terpancar seribu kegembiraannya ketika itu kerana jejaka yang disukainya memesej nya. Nia dan Fizy pun berbalas-balas mesej . Pada waktu yang sama, Nia bertukar dari gembira kepada terkejut kerana jejaka yang disukainya selama ini ingin membawanya berkawan lebih rapat(kapel).Tapi Nia memberitahu Fizy supaya memberikannya waktu untuk memikirkan semua itu.

Selepas setengah jam kemudian, Nia menghantar mesej kepada jejaka yang disukainya itu. Dia memberitahu Fizy bahawa dia sudi berkawan lebih rapat(kapel) dengannya. Dan pada malam itu, berbalas-balas mesej. Tidak dapat digambarkan lagi perasaan Nia , kerana pada saat itu dia sangat merasa bahagia kerana telah memiliki jejaka yang disukainya selama ini.

Keesokan harinya, Nia bersekolah macam biasa. Begitu juga dengan Fizy, boy nya. Mereka sempat berjumpa sekejap di dalam kelas. Nia mengukirkan senyuman yang manis kepada insan yang disayanginya itu. Begitu juga dgn Fizy. Tetapi selepas itu, Fizy tidak masuk kelas kerana dia terpaksa meneruskan pertandingan ping pong yang disertainya di luar sekolah. Sewaktu Fizy tiada di dalam kelas, Nia tiba-tiba menangis sebab terlalu rindukan Fizy walaupun baru beberapa minit. Rakan-rakan Nia menanya nya, mengapa dia menangis, lalu Nia menjawab yang dia tidak kenapa-napa. Dia cuma rindukan JUNG YONG HWA, iaitu artis lelaki korea yang diminatinya ketika itu. Dia terpaksa menipu kerana tidak mahu rakan-rakannya mengetahui hubungan istimewanya dengan Fizy. Baginya, biarlah itu menjadi rahsia bagi mereka berdua sahaja.

Lepas habis waktu sekolah, Nia terus pulang ke rumah. Dia berkurung di biliknya. Dia menangis-nangis kerana merindui Fizy. Selepas beberapa minit, Fizy me'mesej Nia. Dia memberitahu Nia yang dia telah mendapat tempat ke-3 di pertandingan itu. Nia juga turut gembira dengan khabar baik itu. Fizy bertanya Nia, mengapa dia menangis sewaktu di sekolah tadi. Nia menjawabnya. Bia memberitahu Fizy bahwa dia menangis tadi itu sebab dia terlaaaalu rindu dengannya. Dan mereka pun berbalas-balas mesej.

20 JANUARI 2011= Sewaktu matapelajaran Sivik di kelas, Fizy telah dipilih oleh cikgu Syida untuk melakonkan situasi di kapal terbang. Fizy ditemani oleh Aznie. Waktu mereka berlakon, Nia menjadi cemburu buta. Dia tidak boleh melihat Fizy dekat dgn pompuan lain. Dan setalah tamat waktu persekolahan, Fizy m'mesej Nia, kenapa Nia tidak mahu bercakap dengannya waktu di sekolah tadi. Fizy juga menelefon Nia, untuk mengetahui hal sebenarnya. Nia menjawab panggilan itu. Dia menangis-nangis sambil bercakap. Dia menyatakan perasaannya yang cemburu buta ketika itu. Fizy terpaksa menenangkan Nia. Itu cuma lakonan dan dia tiada apa-apa hubungan dengan Aznie.
Walaupun pada hari itu merupakan hari lahir Nia yang ke-14. Tetapi Nia tetap bersedih.

24 JANUARI 2011= Nia menjemput rakan-rakan sekelasnya yang rapat dengannya , tidak terkecuali boyfie nya yang tersayang, Fizy. Pada hari itu, Nia mengadakan party ulang tahunnya. Party itu terpaksa ditunda kerana pada 20 haribulan yang lalu, masih hari persekolahan. Di party tersebut, Fizy berpakaian serba hitam. Kelihatan segaknya dengan penampilannya itu. Mereka menikmati jamuan di party tersebut. Selepas itu, rakan-rakan Nia membuat satu permainan yang menyeronokkan menggunakan daun yang digunakan untuk membuat magik tue. Nia lebih menumpukan perhatiannya dengan permainan tersebut. Sehinggakan dia lupa akan boyfie nya yang duduk di kerusi . namun Nia tetap tersenyum dengan Fizy. Setelah mereka semua pulang, rumah Nia pun menjadi sunyi..Nia memesej Fizy, Nia ingin meminta maaf dengan Fizy pasal kejadian tadi. Sebab dia sangat gembira bermain permainan itu. Fizy merasa kecewa sebab Nia tidak berapa melayannya tadi. Tapi lama kelamaan, Fizy menjadi ok semula.

27 JANUARI 2011= Pada jam 9 lebih, Nia memesej Fizy, tetapi Fizy tidak membalasnya. Nia cuba menelepon Fizy, tetapi tidak diangkat. pada jam 11, baru lah Fizy memesej Nia, tetapi Nia telah tido waktu tue.

28 JANUARI 2011= Nia bangun tido lalu menyusun jadualnya . Dalam waktu yang sama, dia mencek mesej di phone nya. Dia membuka mesej Fizy. Setelah membaca mesej tersebut, Nia hampir-hampir jatuh. Air matanya mengalir dengan tiba-tiba tetapi cuba dikawalnya. Dia sangat sedih waktu itu setelah membaca mesej Fizy yang meminta untuk mengakhiri hubungan mereka. Nia tidak sempat untuk membalas mesej itu kerana dia sudah benar-benar sedih. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaannya yang hancur berkecai! Dia pergi ke sekolah macam biasa. Tetapi mukanya kelihatan sangat muram dan langsung tidak ceria, sehinggalah ditegur oleh guru sainsnya. Gurunya menganggap yang nia tidak cukup tido. Tapi sebenanya dia menangis saja dari tadi tetapi cuba dikawalnya perasaan sedih itu. Waktu di kelas, Fizy duduk di meja guru yang berhadapan dengan Nia, Nia memandang Fizy sekejap. Fizy melihat muka Nia yang pastinya kecewa dengan tindakannya itu. Setelah pulang sekolah, Fizy memesej Nia untuk minta maaf . Tetapi Nia berkata yang dia tidak apa-apa, lagipun dia ingin menumpukan perhatiannya dengan pelajaran kerana tahun depan sudah PMR.

31 JANUARI 2011= Setelah 4 hari break, Nia mendapat tahu yang Fizy menduakan nya waktu mereka kapel. Sewaktu Fizy kapel dangan Nia, Fizy juga kapel dengan Fira, budak tingkatan satu yang bersebelahan kelas dengan mereka dan satu kampung dengan Fizy. Nia mendapat tahu dari kawan baiknya, Rian. Pada saat itu, Nia merasa sangat marah dan membara-bara rasa marahnya itu. Dia tidak menyangka dia diperbuat seperti itu. Pada malamnya, Nia menangis sepenuh hatinya, mengeluarkan rasa sakit hatinya yang terlamapau dengan Fizy dan pompuan sundal yang telah merampas kebahagiaan dorang.

Setelah 4 bulan break, Nia cuba untuk tidak melayan sebarang teguran pun daripada Fizy. Dan selama sebulan itu, Nia berjaya mengawal dirinya daripada bercakap dengan Fizy. Sekali Fizy bersuara dengannya, diendahkannya sahaja suara itu. Dia menanggap Fizy tiada. padan muka kau Fizy! kata hati Nia. Dan sampailah suatu hari, Nia tidak dapat mengawal dirinya daripada bercakap dengan Fizy kerana kata-kata Fizy waktu itu begitu menyerap darahnya naik tingkat teratas! Nia pun membalas segala kata-kata Fizy yang mungkin cuba untuk mengumpannya untuk bercakap dengannya. Nia mencaci, mengucap nama-nama keluarga Fizy. Tidak tahu kenapa dia berbuat begitu terhadap insan yang sangat dicintainya. bagi Nia, hati dan perasaannya telah hancur gara-gara lelaki sialan itu. Untuk memuaskan hatinya, Nia menghina terus-terusan keluarga Fizy termasuk gf si Fizy, Fira yang sundal. Walau bagaimanapun, semua perbuatannya ini tidak dapat mengubah kenyataan bahawa semua prestasi peperiksaan ataupun ujian Nia turun habis gara-gara PRASS dengan si Fizy.

Dan setelah 5 bulan break, Nia dapat melupakan Fizy budak sialan itu, walaupun tidak sampai 100% . Nia dapat melupakan Fizy buat sementara kerana ada jejaka lain yang cuba untuk menjadi boyfie nya dan lama-lama mereka pun kapel. Tetapi Nia tiada apa-apa perasaan terhadap lelaki itu. Dia terpaksa menerima lelaki itu kerana dia dipaksa. Lelaki itu bukannya orang lain. Tetapi dia juga rakan sekelas Nia. Setalah 4 hari kapel, Nia pun putus dengan lelaki yang bernama Midi itu. Sebabnya Midi jarang memesej mahupun membalas mesej Nia. Midi jarang melayan Nia waktu di sekolah. Nia tahu yang Midi masih tidak dapat melupakan ex-kekasihnya yang bernama Natalia itu walaupun sudah sebulan break kerana usia ex-kekasihnya itu lebih tua darpada Midi. Tapi kalau diikutkan, nasib Nia dan Midi hampir sama. ditinggalkan kekasih tetapi masih tidak dapat melupakannya.

Setelah sekian lama berlalu, Nia dan Fizy akhirnya bersahabat walaupun dalam diam Nia masih mencintai FGizy, tetapi dia terpaksa menepis jauh-jauh rasa itu kerana Fizy sudah ada Fira. Fira cantik orangnya, tetapi agak sundal. Kerana bagi NIa, Fira suka merampas boyfie orang. Dan sampai sekarang ini pun, Nia tidak akan dapat melupakan Fizy kerana kenangan -kenangan manisnya bersama Fizy sangat sangat manis. Sampai tidak dapat dilupakan hingga sekarang. tetapi, syukurlah , sebab prestasi pelajaran Nia yang merosot hari tue dah pulih kembali. Sekarang nie, Nia gemar menggumpul gambar-gambar Fizy yang diambilnya sendiri guna phone n kamera nya dan melalui facebook. Dia begitu rajin m'download gambar-gambar Fizy, ex-boyfie nya itu.



Ok setakat ini sahaja kisah Nia . kalau ada masa, nanti aku sambung eik ! Dah malam nie, nak tido pula aku. Ngantok ! Hehe..

P/s : Sebenarnya kisah nie memang benar.. yang melibatkan a** dengan F*****.
Aku cuma tukar nama aje..
Ok, sekian TERIMASS! kalau rajin, komen laa eik ! ^____^ ..









Labels:



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post